Lanjutan Moratorium Selama 3 Bulan Panduan Moratorium COVID-19 oleh Bank Negara Malaysia)

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan and bantuan bank bersasar. Ini akan memanfaatkan PKS dan individu yang hilang pekerjaan dan gaji terjejas akibat pandemik COVID-19. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon moratorium tambahan ini.

Apakah pinjaman moratorium COVID-19?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.

Namun, pada 29 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk melakasanakan lanjutan moratorium selama 3 bulan (sehingga Disember 2020) dan bantuan bank bersasar yang khusus untuk rakyat yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Lanjutan Moratorium Selama 3 Bulan -Siapakah yang layak menerima bantuan dan apakah bantuan yang disediakan?

Individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020, dan masih belum mendapat pekerjaan baharu

  • Moratorium lanjutan bersasar bagi tempoh tiga bulan.
  • Institusi kewangan boleh terus melanjutkan tempoh moratorium bersasar bagi individu yang masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Individu yang tidak hilang pekerjaan, namun gaji terjejas atau berkurangan akibat COVID-19

  • Pengurangan ansuran pinjaman yang selaras dengan pengurangan gaji mereka, bergantung pada jenis pembiayaan.
  • Selama sekurang-kurangnya enam bulan.
  • Institusi kewangan boleh mempertimbangkan lanjutan pemberian fleksibiliti pada akhir tempoh tersebut, tertakluk kepada gaji peminjam pada ketika itu.

Sewa Beli

  • Peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembayaran yang disemak semula yang selaras dengan Akta Sewa Beli 1967.

Pinjaman lain

Individu yang terjejas dan semua peminjam PKS yang terjejas diberi fleksibiliti    berdasarkan keadaan spesifik setiap peminjam. Ini termasuk:

  • Membenarkan peminjam membayar bahagian faedah sahaja bagi sesuatu pinjaman dalam tempoh tertentu.
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan.
  • Memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil untuk meyambung pembayaran balik baki pinjaman.

Tip: Jika anda tidak tersenarai di dalam golongan diatas dan berkemampuan, anda disarankan untuk mula membuat pembayaran balik, kerana ini akan bantu mengurangkan hutang dan kos pembiayaan keseluruhan yang ditanggung.

Cara memohon lanjutan moratorium COVID-19

Hubungi bank masing-masing mulai 7 Ogos 2020.

Apakah alternatif jika tiada rancangan pembayaran balik yang sesuai?

Bagi individu

  • Sila rujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) (Laman Web: https://www.akpk.org.my/ | Nombor Telefon: 03-2616 7766)

Bagi PKS

  • Boleh rujuk kepada Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS).
  • Borang permohonan boleh didapati daripada institusi kewangan anda (Participating Financial Institution, PFI), SMEinfo.com.my atau BNMLINK / Pejabat Daerah BNM.
  • Kemudian, lengkapkan borang dan serahkan kepada PFI atau BNMLINK / Pejabat Daerah BNM.
No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

Dapatkan bantuan kewangan yang LEBIH CEPAT & MUDAH
daripada rakan sekutu kami.