Apply Personal Financing Now

Please Enter Your Details

All fields are required*

RM
RM
I agree to receive WhatsApp message from ES Link
By typing your contact information, you agree to our terms & conditions. We respect your privacy and are committed to handle your personal information safely and responsibly.

Verify your phone number.

A 6 digit OTP has been to +.
Please enter the OTP code received from your phone to continue e-form application.

Apply Personal Financing Now

Please Enter Your Details

All fields are required*

RM
RM
I agree to receive WhatsApp message from ES Link
By typing your contact information, you agree to our terms & conditions. We respect your privacy and are committed to handle your personal information safely and responsibly.

Frequently Asked Questions

Soalan lazim mengenai ES Link

Siapalah ES Link?

ES Link adalah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Malaysia yang memberi tumpuan dalam pembiayaan kewangan mikro.

Kami juga merupakan sebuah syarikat yang profesional dalam bidang pinjaman untuk meyelesaikan masalah kewangan anda.

Kami memberi perkhidmatan pinjaman peribadi yang premium untuk menyelesaikan masalah anda tanpa memerlukan apa jua cagaran. Prosedur kelulusan dalam masa yang singkat akan memudahkan dan mempercepatkan permohonan pinjaman anda.

ES Link menawarkan cara yang inovatif untuk memberi produk pinjaman peribadi yang dapat menyelesaikan masalah keperluan harian anda. Polisi etika perniagaan kami yang berhemah dan telus adalah amat penting.

Apakah kadar faedah?

Setelah diluluskan, kadar faedah tidak melebihi 12% setahun (Bercagar) & 18% Setahun (Tanpa Cagaran)

Adakah terdapat sebarang caj faedah lewat jika saya lewat membuat pembayaran saya?

Tidak, kami tidak akan caj faedah lewat. Walau bagaimanapun, jika anda lewat membuat pembayaran anda, kami akan melantik Agensi Kutipan Hutang untuk mengutip bayaran daripada anda. Semua fi atau caj yang dikenakan akan dibiayai oleh anda.

Adakah terdapat apa-apa kos lain yang saya perlu bayar?

Ya, adalah terdapat beberapa fi atau kos yang akan dikenakan berkanun dengan apa yang anda perlu bayar seperti duti setem dan juga kos guaman.

Mengenai Pinjaman

Siapakah yang layak memohon khidmat pinjaman peribadi?

ES Link kini menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada pelanggan:
1. Berusia 18 hingga 55 tahun; dan
2. Bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia sahaja

Apa yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi?

Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang dinyatakan di bawah:

- Kad pengenalan (MyKad)
- Slip Gaji 3 bulan terkini
- Penyata Bank 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terbaru atau Borang Pengesahan Cukai

Bagaimanakah boleh saya mengetahui status kelulusan pemohonan pinjaman peribadi saya?

Sebaik sahaja pinjaman peribadi anda diluluskan, anda akan menerima SMS dan e-mel daripada kami memberitahu anda langkah seterusnya untuk mendapatkan wang tunai anda supaya ia dapat dipindahkan ke akaun bank anda.

Di kawasan manakah ES Link menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi?

ES Link pada masa ini menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada pelanggan yang bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia sahaja. Kami akan memperluaskan liputan kami dalam masa terdekat untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada pelanggan yang bekerja dan menetap di negeri-negeri lain di Malaysia

Saya belum menerima mesej pengesahan pinjaman daripada ES Link. Apakah yang patut saya buat?

Kami sedia untuk membantu anda. Sila hubungi mana-mana saluran perkhidmatan kami untuk bantuan:

Telephone: 1800 88 7272
E-mail: info@ES Link.my
Website: www.ES Link.my

Tentang Penerimaan Wang

Bilakah saya akan menerima pinjaman peribadi?

Kami berhasrat untuk memproses dan memindahkan pinjaman peribadi anda dalam masa 24 jam waktu bekerja. Kami akan menghantar SMS setelah wang tunai dipindahkan ke akaun bank peribadi anda.

Saya belum menerima wang tunai dalam akaun peribadi saya. Apakah yang patut saya buat?

Sekiranya anda mempunyai masalah penerimaan wang tunai yang diluluskan, sila hubungi mana-mana saluran perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan.

Telephone: 1800 88 7272
E-mail: info@ES Link.my
Website: www.ES Link.my

Tentang Cara Pembayaran Balik

Bilakah saya perlu membayar balik pinjaman saya?

Kami telah memasukkan seksyen dalam kontrak anda (dihantar ke alamat e-mel anda) dengan butiran mengenai tarikh matang pinjaman anda dan apabila anda perlu membuat pembayaran balik pinjaman anda. Kami menasihati untuk membayar pada atau sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan sebarang caj penalti.

Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman saya?

Pembayaran balik boleh dibuat secara:

-DirectDebit pembayaran berulang secara automatik
-Buat pembayaran anda melalui JomPAY di mana-mana Mesin ATM.
-Buat pembayaran anda melalui JomPAY dengan menggunakan Akaun Perbankan Internet anda sendiri.

Bolehkah saya membuat pembayaran balik awal?

Ya, pembayaran balik awal dibenarkan dan digalakkan tanpa apa-apa caj penalti.

Bolehkah saya membuat pembayaran balik lewat?

Kami menasihatkan untuk membuat pembayaran balik anda pada atau sebelum tarikh matang. Jika anda membuat pembayaran lewat, anda akan bertanggungjawab untuk membayar semua bayaran, caj atau fi yang dikenakan oleh Agensi Kutipan Hutang.

Bagaimana Boleh Saya Buat Pinjaman Ulangan?

Saya ingin terus menggunakan perkhidmatan ES Link. Apakah yang patut saya buat?

Kami mengucapkan terima kasih kerana terus mempercayai kami dalam menyediakan keperluan kewangan segera anda. Untuk terus menggunakan perkhidmatan ES Link, anda boleh memohon secara online melalui laman web kami. Kami mengalu-alukan Pinjaman Ulangan. Jika anda seorang peminjam dengan pembayaran yang baik di ES Link, kami telah menyediakan proses Pinjaman Ulangan yang sangat mudah untuk anda. Sila hubungi kami di 1800 88 7272 dan maklumkan bahawa anda ingin membuat Pinjaman Ulangan, Wakil Khidmat Pelanggan kami akan membantu anda. Terima Kasih!